Mantan Perdana Menteri Ismail Sabri kini bergelar siswa di usia 64 tahun, pilih pengurusan Covid-19 untuk Phd

Politics
15 Feb 2024 • 10:21 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

MANTAN Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Dalam hantaran menerusi laman sosial Facebook, Ahli Parlimen Bera itu memuat naik sekeping gambar kad pelajar universiti berkenaan.

image is not available

Menerusi kapsyennya, beliau mengakui tidak menjangka bergelar pelajar dan melanjutkan pengajian semula pada usia berusia 64 tahun.

“Alhamdulillah hari ini dapat kad pelajar. Rasmi hari ini saya jadi pelajar.

“Tak sangka tua-tua masih jadi pelajar. Inilah yang dikatakan belajar sepanjang hayat,” katanya.

image is not available

Merupakan Menteri Kanan Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap kluster keselamatan, ahli parlimen Bera itu membentangkan cadangan ‘research’ untuk PhD Tesis berjudul Pembentukan Model Polisi Respons Mendepani Pandemik Covid-19 di Malaysia.

Hantaran ringkas berkenaan menerima lebih 11,000 tanda suka dan pelbagai reaksi daripada warga maya.

image is not available

Kebanyakannya teruja dan menzahirkan tahniah di samping menitipkan doa agar pembelajaran bekas Perdana Menteri ke-9 itu dipermudahkan.

image is not available

– “Semoga dipermudahkan Datuk Seri.”

– “Hebat Datuk, tiba-tiba rasa bersemangat untuk sambung belajar semula.”

– “Congratulations Datuk. All the best. May your dreams come through.”

– “Hidup adalah pembelajaran tanpa henti, salute.”

– “Tuntutlah ilmu sampai bila-bila, selagi mampu.’

Ismail terdahulu menjawat potfolio Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Menteri Kanan (Menteri Pertahanan), (Kluster Keselamatan) dan Timbalan Perdana Menteri sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan pada tahun 2022.

Beliau memiliki Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Universiti Malaya dan pernah bertugas sebagai peguam.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!