“Mantap Ehhh” – Rakam Video Mandi Syampu Rambut Pakai ‘Lingerie’, Raja Ilya Diperli ‘Dah Tak Ada Job’

Entertainment
25 Jul 2023 • 10:54 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di TikTok satu video yang mempamerkan pelakon wanita Malaysia yang kini menetap di Australia, Raja Ilya sedang mandi di dalam bilik air.

Menerusi video tersebut, Ilya yang hanya memakai baju tidur atau lingerie itu membasahkan rambut dan menggunakan syampu.

Rakaman itu dipercayai dibuat untuk mempromosikan produk syampu namun pemakaian Ilya yang seksi dan menayangkan sebahagian tubuhnya menjadi perhatian warganet.

Video berkenaan dimuat naik oleh akaun asing dan bukanlah selebriti itu sendiri malah tidak diketahui jika ia merupakan rakaman yang baru atau sudah lama.

Namun ruangan komen hantaran itu dipenuhi kaum Adam malah ada yang memberikan komen gatal berkenaan baju tidurnya dan ada yang memerlinya sudah tiada job sehingga perlu merakam video sebegitu.

image is not available image is not available image is not available

image is not available 7 days ago

"Kesian La Sikit Kat Suami Tu.." - Isteri Haqiem Rusli Semakin Seksi, Foto Fokus Dada Pakai Kain Terbelah

View Original Article