Manuka gabung keunikan rasa & kesihatan dalam produk baharu, alternatif kepada minuman bergula

Food
15 Feb 2024 • 5:30 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

MADU Manuka yang terkenal dengan ciri antibakteria dan pelbagai manfaat kesihatan lain tampil melancarkan produk terbaharu berupa rangkaian minuman yang menyegarkan serta lazat.

Produk yang menggunakan madu berinovatif itu menawarkan gabungan unik rasa, sekali gus menjadikannya pilihan tepat untuk pengguna yang mementingkan kesihatan dan sebagai alternatif kepada minuman bergula.

image is not available

Pelancaran produk yang diadakan di Sunway Pyramid, Selangor itu sekali gus menyaksikan pembukaan kedai pertama Manuka di pusat beli-belah berkenaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Manuka Sdn Bhd, Kenny Too, pembukaan kedai tersebut merupakan peristiwa penting bagi syarikat itu di samping dapat mempromosi produk Manuka kepada rakyat Malaysia.

“Menerusi pembukaan kedai ini memberi peluang pihak kami memperkenalkan produk terbaharu ini sebagai alternatif yang sihat dalam industri minuman.

image is not available

“Selain itu, matlamat kami adalah untuk memastikan rangkaian minuman ini mampu milik dan boleh diakses oleh semua orang,” kata Kenny Too.

Bersempena pembukaan kedai tersebut, pihak Manuka Sdn Bhd menawarkan promosi eksklusif kepada semua pelanggan di Sunway Pyramid. Pembeli boleh menikmati tawaran beli satu dapat satu percuma untuk semua minuman dari 26 Januari hingga 29 Februari 2024.

image is not available

Ia sekali gus memberikan peluang terbaik untuk merasai sendiri kebaikan minuman Manuka.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!