Manusia mudah menghukum, cukuplah Allah jadi saksi – Syasya Rizal

LocalMusic
23 Aug 2026 • 10:02 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Manusia mudah menghukum, cukuplah Allah jadi saksi – Syasya Rizal

PETALING JAYA – Dikecam hebat selepas melancarkan lagu terbaharu, Different, penyanyi Syasya Rizal menyerahkan segalanya kepada Allah selain enggan membiarkan kritikan segelintir pihak mematahkan semangatnya dalam berkarya.

Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 25, turut memohon agar segala fitnah serta cacian terhadap dirinya diperbetulkan, selain mengingatkan supaya tidak mudah menghukum tanpa mengetahui perkara sebenar.

“Aku serahkan segala urusanku kepada Allah. Ya Al-Jabbar, perbaikilah apa sahaja yang telah dirosakkan oleh fitnah dan cacian manusia.

“Engkau Maha Mengetahui segala kebenaran, termasuk perkara yang mereka putar belitkan. Kepada-Mu aku serahkan mereka yang terlalu mudah menghukum seakan-akan mereka mengetahui segala perkara tersembunyi.

“Cukuplah Allah menjadi saksi dan sebaik-baik pembela,” tulisnya dalam Threads.

Dalam hantaran berasingan, bekas anggota kumpulan Dolla itu berkata, hidup terlalu singkat untuk memuaskan hati semua orang sekali gus enggan membiarkan segala caci maki menjadi penghalang daripada terus menjadi diri sendiri.

“Ya, kita berbeza. Saya hanya melakukan apa sahaja mengikut cara sendiri. Hidup terlalu singkat untuk memenuhi kehendak semua orang.

“Walau apa pun dilakukan, pasti ada pihak tidak menyukai kita dan itu tidak mengapa. Paling penting, hargailah mereka yang kekal berada di sisi, menyokong serta menyayangi kita dalam setiap versi diri, ketika susah mahupun senang.

“Jadi, teruskan menjadi diri sendiri. Beranilah untuk berbeza,” ujarnya.

Syasya melancarkan lagu tersebut pada 21 Ogos lalu, hasil ciptaannya bersama Amirul Azhar, Asyraf Nasir, Adib Hamdi dan Naim Daniel.

Menerusi video muzik berkenaan, ibu dua anak itu tampil menari sambil mengenakan hijab, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Sebahagian netizen mempertikaikan tindakan Syasya menari dalam penampilan berhijab, malah ada turut mempersoalkan keputusannya meninggalkan Dolla tetapi masih meneruskan konsep persembahan berasaskan nyanyian dan tarian. – KOSMO! ONLINE

The post Manusia mudah menghukum, cukuplah Allah jadi saksi – Syasya Rizal appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved