Saintis percaya manusia mula memburu sumber makanan sejak 1.7 juta tahun lalu menerusi spesis Homo erectus sebelum manusia mencipta senjata kayu sekitar 500,000 tahun lalu. Kini saintis dari Stockholm University menemukan bukti manusia sudah menggunakan racun untuk memburu sejak 60,000 tahun lalu selepas sisi racun dikesan pada kepala anak panah purba.

Analisa ke atas anak panah purba dari KwaZulu-Natal, Afrika Selatan menemukan sisa racun yang diperbuat daripada tumbuhan Boophone disticha yang juga dikenali sebagai bawang beracun. Walaupun sudah berusia puluhan ribu tahun, sebatian aktif racun masih mampu dikesan mesin spektrometer di makmal.
Penemuan ini menunjukkan manusia sudah menguasai dan memahami penggunaan racun untuk membunuh haiwan diburu sejak zaman batu lagi. Ia sekaligus adalah bukti manusia purba mempunyai kemampuan berfikir dengan lebih kompleks daripada sangkaan selama ini.
Kerja kajian telah diterbitkan dalam jurnal Science Advances.




