MAPIM Aktifkan Central Warehouse di Sepang Sebagai Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir

LocalPolitics
8 Dec 2024 • 10:06 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

MAPIM Malaysia kini mengaktifkan MAPIM Central Warehouse di Sepang sebagai pusat pengumpulan utama bantuan banjir. Langkah ini bertujuan menyelaras aliran sumbangan dan memastikan bantuan sampai kepada mangsa banjir dengan cepat, tersusun, dan berkesan.

image is not available

image is not available

Pusat ini dibuka selama lima hari bermula Ahad, 8 Disember, dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Orang ramai digalakkan membeli barangan keperluan di lokasi pilihan masing-masing mengikut senarai yang disediakan dan menghantar sumbangan terus ke warehouse menggunakan kaedah drive-thru. Senarai barangan keperluan boleh dirujuk di laman rasmi MAPIM www.mapim.org

Dalam tempoh lima hari ini, MAPIM mensasarkan untuk mengumpulkan 500 tan bantuan, yang akan segera diagihkan kepada tujuh negeri terjejas banjir melalui misi lapangan. Inisiatif ini turut diperkukuhkan dengan kerjasama strategik daripada Pejabat Menteri Agama, JAKIM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Cinta Gaza Malaysia (CGM), MyAqsa Defender, Zus Coffee, Kumpulan Media Prima Audio (MPA), Kumpulan Pasaraya Mydin, dan Kerajaan Negeri Selangor.

image is not available

MAPIM turut menjemput semua pihak – individu, syarikat korporat, dan NGO – untuk bersama-sama menjayakan usaha ini. Penyatuan tenaga dan sumber adalah kunci bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan dengan lebih berkesan.

image is not available

Dato’ (Dr) Sani Araby, Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, berkata:

“MAPIM menggandakan segala usaha untuk membantu mangsa banjir. Sebelum ini, kami telah menyantuni golongan asnaf melalui program Jelajah Peduli Ummah di pelbagai negeri. Kini, rakyat Malaysia boleh berganding bahu menghantar bantuan ke gudang MAPIM, dan kami akan memastikan bantuan disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Solidariti ini adalah resipi Malaysia: berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Semangat tolong-menolong ini membuktikan bahawa kita semua adalah satu ummah.”

MAPIM menyeru semua lapisan masyarakat untuk turut serta dalam usaha ini. kita mampu mengukir senyuman dan ringankan beban kepada mereka yang diuji.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Hotline MAPIM: 1-300-888-038

WhatsApp: 012-8000-600

Alamat MAPIM Central Warehouse:

No. 2, Jalan Gudang 3,

Kawasan Perindustrian Kota Warisan,

43900 Sepang, Selangor.