MAPIM anjur sesi dialog Palestin bersama Sheikh Dr Ekrima Sa’id Sabri

LocalPolitics
9 Nov 2022 • 4:59 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

AMPANG : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan jayanya melangsungkan sesi dialog isu semasa umat Islam di Grand Barakah Hotel Ampang bersama bekas Mufti Besar Baitulmaqdis dan Palestin, Sheikh Dr Ekrima Sa’id Sabri pada pagi Rabu.

image is not available

Sesi dialog isu semasa umat Islam ini membuka mata mengenai isu terkini yang sedang berlaku di Palestin dan juga Masjid Al-Aqsa.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abd Hamid atau Cikgu Azmi berkata, beliau tersentuh dengan gerak kerja serta usaha Ummet Vakfi membawa tetamu istimewa ini ke sini dan menganggap ia adalah salah satu gerakan terhebat bagi memperjuangkan Palestin.

image is not available
Cikgu Azmi (memegang mikrofon) tersentuh dengan gerak kerja Ummet Vakfi serta menganggap ia adalah salah satu gerakan terhebat bagi memperjuangkan Palestin.

Tambahnya, rakyat Malaysia juga perlu merancang untuk menggerakkan rancangan yang ada. Ini adalah seruan untuk kita segera bertindak bagi membantu dan menyelamatkan Palestin.

“Saya sangat berterima kasih kepada MAPIM Malaysia dan mengucapkan kesyukuran kepada gerakan ummah dalam usaha membebaskan Palestin,” kata Syeikh Dr Ekrima Sa’id Sabri, yang kini merupakan Imam dan pendakwah dari Masjid Suci Al-Aqsa.

image is not available
Sheikh Dr Ekrima Sa’id Sabri dalam ucapannya semasa sesi dialog di Ampang

Beliau bersyukur kerana masih ada umat Islam yang sanggup membantu rakyat Palestin yang memerlukan bantuan. Umat Islam di Palestin sentiasa memikul tanggungjawab untuk membebaskan Palestin walau terpaksa berkorban nyawa dan darah mereka sendiri.

image is not available

Sheikh Dr Ekrima Sa’id Sabri menyeru seluruh umat Islam agar bersama-sama berganding bahu bagi memelihara Masjid Suci Al-Aqsa daripada dicerobohi oleh pengganas israel dan membantu membebaskan Palestin daripada terus dizalimi.

image is not available

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik :

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini