
KUALA LUMPUR : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) hari ini melancarkan Global Humanitarian Relief Fund di hadapan Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Amna Baloch untuk mengumpul dana kepada mangsa bencana banjir di Pakistan.
Menurut Presiden MAPIM, Mohd Azmi atau Cikgu Azmi Abdul Hamid, pelaksanaan insiatif ini adalah sebagai mesej kepada mereka bahawa Malaysia prihatin & tersentuh dengan bencana yang melanda negara itu.


“Ini adalah satu inisiatif yang besar skalanya, setelah kita menjelaskan kepada NGO yang hadir tentang usaha ini nampaknya berjaya meningkatkan rasa kepedulian mereka.
“In sha Allah kita akan lanjutkan usaha ini dengan menghantar sukarelawan MAPIM ke sana dalam masa terdekat untuk sampaikan bantuan yang akan kita isytiharkan nanti,” katanya.


Dalam pada itu, Cikgu Azmi juga memaklumkan bahawa jenis bantuan yang akan disumbangkan untuk fasa pertama adalah berbentuk makanan, ubat-ubatan dan segala keperluan harian.
Manakala bagi fasa kedua pula kita cuba untuk memperbaiki infrastruktur seperti sekolah, klinik, hospital dan sebagainya.
The post MAPIM lancar Global Humanitarian Relief Fund bantu mangsa banjir Pakistan first appeared on UMMAHToday | Sumber Berita Mutakhir Ummah.

