MAPIM rakan strategik utama program Ibadah Korban Platinum APM

2 Jul 2023 • 7:22 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

KUALA LUMPUR: Sebanyak 9 ekor lembu ditumbangkan dalam program Ibadah Korban Platinum APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) anjuran bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) selaku rakan strategik utama pada Ahad yang berlangsung seawal jam 7 pagi tadi.

image is not available

image is not available

Program yang berlangsung di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kuala Lumpur itu turut menerima kehadiran Ketua Pesuruhjaya APM, Y.A.S Aminurrahim Mohamed yang hadir sama turun padang dalam menyembelih seekor lembu daripada 4 sumbangan Sahabat Pertahanan Awam (PeSPA) yang dikorbankan untuk diagihkan dagingnya kepada warga APM yang layak.

image is not availableimage is not available

Hadir sama Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) Datuk Ismail Mohd Zawawi, Pengarah APM Wilayah Persekutuan Effendy Ali, para pengarah Bahagian IPPA dan Komandan ALPHA.

image is not available“program Ibadah Korban Platinum APM ini adalah bertepatan dengan Dekad Platinum Pertahanan Awam (DPPA) 2022-2032 yang menjadi penggerak kepada Angkatan Pertahanan Awam dalam tempoh 10 tahun yang kekal teguh bersama, berdaya tahan dan boleh menyesuaikan konsep masyarakat yang mampu membantu diri dalam kehidupan seharian. Kami mengucapkan terima kasih kepada MAPIM kerana bersama menjayakan program ini selaku rakan strategik utama untuk tahun 1444H,” kata Aminurrahim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya APM.

image is not availableimage is not available

Seramai 43 petugas dan sukarelawan MAPIM Malaysia dengan tema t-shirt ungu tahun ini telah turut sama hadir bergotong-royong bersama warga kerja APM dalam menjayakan program ini dari proses penyembelihan, melapah dan seterusnya pembungkusan daging.

image is not available
Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, Tuan Haji Faris Hussain (sedang memotong daging) turun padang membantu kerja-kerja melapah.

image is not available

image is not available
Aktivis MAPIM Malaysia sewaktu menyantuni warga emas di PPR Seri Semarak


Agihan daging daripada program ini telah memberi manfaat kepada lebih 585 keluarga. Manakala, bagi jumlah 5 ekor lembu tempatan daripada peserta ibadahqurban.com MAPIM Malaysia, agihan telah dibuat dengan kerjasama 3 Persatuan Penduduk PPR Seri Semarak, Jelatek dan Desa Rejang untuk diedarkan kepada penerima asnaf yang terpilih.

image is not available

image is not available
Aktivis MAPIM Malaysia sewaktu menyantuni warga emas di PPR Jelatek

“Inisiatif kolaborasi ini dirancang oleh MAPIM Malaysia bersama PeSPA untuk memeriahkan program korban tahun ini dengan bersama-sama bergotong-royong di ibu pejabat APM KL dan sama-sama berkongsi barakah serta manfaat daripada ibadah setahun sekali sebegini,” kata Naib Presiden MAPIM Malaysia, PPj Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol.

image is not availableimage is not available
Program ini juga adalah hasil kerjasama rakan-rakan erat APM antaranya Koperasi APM, CDERT Yayasan FELDA, CDERT PGSS, CDERT Al-Najah dan Dato’ Mohd Chan bersempena Hari Raya Aidiladha 2023/1444H.