MAPIM sasar kutipan tabung kemanusiaan palestin capai RM2juta di Perak

LocalPolitics
21 Oct 2023 • 7:19 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama Yayasan Al-Quds menyasarkan kutipan sumbangan sebanyak RM2 juta di Perak untuk Tabung Kemanusiaan Palestin bagi membantu penduduk di wilayah Gaza.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata sasaran itu meliputi bantuan makanan, keperluan kebersihan dan peralatan untuk kerja-kerja menyelamat penduduk Semenanjung Gaza yang terkesan dengan konflik memuncak Palestin dan rejim Zionis di wilayah berkenaan.

“Bantuan berupa penghantaran makanan akan melibatkan 5,000 keluarga terjejas sedang diusahakan menggunakan bantuan pembekal yang ada di Gaza dan buat permulaan baru-baru ini, RM50,000 telah disalurkan.

“MAPIM juga turut mendapat permintaan bagi membeli peralatan menyelamat seperti tukul termasuk alat memotong batu-batuan serta peralatan lain yang dirasakan perlu dalam misi menyelamat dengan kos RM250,000,“ katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan perkongsian pada Majlis Penerangan Keadaan Gaza-Palestin Terkini di Masjid Sultan Idris Shah II di sini yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif Yayasan Al-Quds Malaysia, Dr Sharif Amin Abu Shamalla.

Katanya,setakat ini, MAPIM telah mengumpul RM200,000 di Perak dan menyasarkan RM10 juta di Selangor. -Bernama