Maqasid Syariah Jadi Panduan JPJ Dalam Menangani Isu Jalan Raya

LocalPolitics
17 Aug 2025 • 8:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan komitmennya untuk mempertingkatkan keselamatan jalan raya dengan berlandaskan prinsip maqasid syariah melalui pelbagai program advokasi, operasi khas dan kempen yang dijalankan demi menjaga kemaslahatan rakyat. Pendekatan ini sejajar dengan tuntutan agama dan nilai kemanusiaan sejagat.

Selaras Dengan Arahan Perdana Menteri

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, menegaskan bahawa usaha ini selaras dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dipertontonkan dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-20 (MAPPA XX). Ia menekankan bahawa setiap dasar dan tindakan kerajaan perlu membawa manfaat, melindungi nyawa serta memastikan kesejahteraan rakyat.

Penguatkuasaan Berteraskan Akta Dan Prinsip Maqasid Syariah

image is not available

Beliau menjelaskan JPJ telah melaksanakan pelbagai aktiviti advokasi dan tindakan penguatkuasaan undang-undang berkaitan keselamatan jalan raya. Semua ini berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah-kaedah di bawahnya, dengan fokus utama memelihara nyawa secara berterusan.

Antara langkah penguatkuasaan yang diberi perhatian adalah pemakaian tali pinggang keledar oleh penumpang dan pemandu bas di seluruh Malaysia yang bermula 1 Julai lepas. Ini turut menggambarkan prinsip maqasid syariah iaitu menjaga dan memelihara nyawa manusia.

Menurut Datuk Aedy, tindakan tegas seperti penahanan, kompaun dan sitaan kenderaan melalui operasi-operasi khas seperti Ops Khas Motosikal, Pemandu Warga Asing (PEWA) dan Ops Khas Kenderaan Perdagangan melambangkan kesungguhan JPJ dalam mempertahankan undang-undang jalan raya. Usaha ini juga bertujuan menurunkan kadar kemalangan yang boleh menyebabkan kerugian harta benda dan nyawa.

Sumber: Bernama