Maqis rampas 28 tan daging ayam sejuk beku dari China

26 Jul 2023 • 9:13 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor merampas 28 tan daging ayam sejuk beku bernilai RM289,386 disyaki diseludup dari China selepas melakukan pemeriksaan sebuah kontena di Pelabuhan Pasir Gudang di sini pada Khamis lepas.

Menurut Maqis Johor, pemeriksaan pada 5 petang oleh pegawai penguat kuasa Maqis bersama Pasukan Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia mendapati kesemua daging ayam sejuk beku di dalam 1,840 kotak itu dibawa masuk tanpa sebarang dokumen.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, tiada sebarang label diletakkan pada kesemua kotak itu, malah dokumen konsainan tersebut tidak mempunyai dokumen permit Import MAQIS, Sijil Kesihatan Veterinar dan Sijil Halal,” menurut Maqis Johor dalam kenyataan hari ini.

Maqis Johor memaklumkan perbuatan itu merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama. -Bernama