MARA Bantu Pelajar Cemerlang Duduki UKKM, IGCSE – Asyraf Wajdi

LocalPolitics
16 Oct 2024 • 12:26 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menguruskan pengangkutan pelajar cemerlang, Nur Nasuha Nusi, 12, yang tidak dapat menduduki ujian kelayakan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) (UKKM) kerana tiada kenderaan disebabkan kemiskinan keluarga.

image is not available

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya mencuba sedaya upaya untuk membantu agar tiada pelajar berpotensi yang tercicir dan meminta perkara sedemikian dimaklumkan kepada pihak berkenaan.

“Insya-Allah, MARA melalui Bahagian Pendidikan Menengah dan MRSM Kuala Krai akan membantu mengambil adik Nasuha esok pagi bagi menduduki UKKM.

“Jangan jadikan kemiskinan alasan untuk tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook.

Sebelum itu, Asyraf Wajdi membuat panggilan telefon dengan bapa Nur Nasuha, Mohd Nusi Mamat, yang memaklumkan pihak MRSM akan menguruskan pengangkutan anaknya untuk menduduki UKKM yang telah dijadualkan semula pada 23 Oktober depan.

image is not available

Foto: Harian Metro

Ditanya Asyraf Wajdi mengapa ingin memasuki MRSM, Nur Nasuha menjawab kerana tekadnya untuk membantu ibu dan bapa.

Sementara itu, pada masa sama, Asyraf Wajdi turut memaklumkan kos pembelajaran Nur Nasuha akan ditanggung oleh pihak MARA.

image is not available

Foto: Berita Harian

Terdahulu, Nur Nasuha terlepas menduduki UKKM dan ujian khas International General Certification of Secondary Education (IGCSE) ke Tingkatan Satu 2025 di MRSM Kuala Krai pada 8 Oktober lalu susulan kekangan wang dan masalah pengangkutan.

Sumber: Facebook Dr. Asyraf Wajdi