Mara laksana inisiatif pendawaian elektrik percuma

LocalPolitics
20 Oct 2025 • 4:16 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tenom: Majlis Amanah Rakyat (Mara) melalui Program Sistem Elektrik Rumah Ihsan (Seri) bakal melaksanakan pendawaian elektrik secara percuma kepada penduduk di Sabah dengan tumpuan utama di kawasan luar bandar.

Ahli Majlis Mara Senator Datuk Rosni Sohar berkata inisiatif itu bertujuan memastikan setiap rumah menikmati bekalan elektrik yang selamat, teratur dan memenuhi piawaian tanpa menanggung kos.

Beliau berkata program berkenaan memberi keutamaan kepada kediaman yang masih menggunakan sistem pendawaian lama atau belum pernah mendapat akses elektrik sempurna.

“Program ini akan dimulakan sepenuhnya tahun depan namun pelaksanaannya di Sabah dibuat lebih awal berbanding Semenanjung.

“Kita usahakan untuk mulakan seawal bulan ini,” katanya ketika ditemui pada Program Pemerkasaan Wanita Mara Tenom baru-baru ini.

Rosni menjelaskan bahawa bantuan itu secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko kebakaran serta meningkatkan keselamatan penduduk yang bergantung kepada bekalan elektrik harian.

Beliau menegaskan Program Seri bukan sahaja membantu golongan berpendapatan rendah malah menyumbang kepada peningkatan taraf hidup masyarakat luar bandar selaras dengan dasar pembangunan nasional.

“Komitmen Mara menerusi program sama membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat Sabah khususnya di kawasan pedalaman.

“Permohonan melalui program ini kita akan sediakan dalam talian atau boleh dibuat di pejabat Mara yang terdekat,” tambahnya.