MARA lantik warden bekas tentera & polis, mahu bentuk disiplin murid

LocalPolitics
17 Apr 2025 • 11:38 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
MARA lantik warden

MARA kini tampil lebih tegas dalam menangani isu disiplin dan buli di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dengan lantik warden bekas tentera dan polis bagi mengawasi pelajar secara sepenuh masa.

MARA lantik warden, usaha bentuk disiplin pelajar

Menerusi hantaran Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi di Facebook, usaha ini adalah antara strategi serius bagi membina persekitaran pembelajaran yang selamat dan berdisiplin.

“Buat permulaan, projek rintis ini akan dilaksanakan di beberapa buah MRSM dan MARA akan menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Veteran Tentera dan Bekas Polis bagi mengenal pasti kriteria pemilihan calon warden.” ujarnya.

image is not available

MARA lantik warden bekas polis & tentera demi misi ‘sifat buli’

Langkah ini akan dilaksanakan secara projek rintis di beberapa MRSM terpilih.

Katanya lagi, garis panduan berkaitan tugas dan tanggungjawab warden juga akan disediakan bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar dan berkesan.

“Inisiatif ini penting bagi memastikan MRSM benar-benar bebas daripada sebarang kes buli. Matlamat kita ialah MRSM sifar buli dan ini adalah antara langkah serius ke arah mencapai matlamat tersebut.” katanya.

image is not available

Asyraf menjelaskan, pendekatan ini selari dengan hasrat MARA untuk memperkasakan sahsiah pelajar secara holistik merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Ramai bersetuju dengan langkah tersebut

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan keputusan tersebut kerana dilihat mampu memberi kesan positif dalam misi ‘sifar buli’ di MRSM.

Walau bagaimanapun, ada juga di antara mereka menyarankan pengambilan warden dari kalangan bekas tentera dan polis juga perlu disaring supaya gejala buli benar-benar berjaya dielakkan.

image is not available

Minta juga saring baik-baik pengambilan

image is not available

Mungkin boleh diterapkan di sekolah-sekolah lain juga

image is not available

Terdahulu, Asyraf memberitahu tiada peluang kedua buat mereka yang terlibat dalam buli di MRSM susulan tularnya video beberapa pelajar dikatakan mengasari rakan di asrama.

Sumber: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki