MARA lantik warden MRSM bekas tentera & polis sepenuh masa, perkukuh kawalan disiplin pelajar

LocalPolitics
13 Aug 2025 • 3:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

MARA mengambil langkah baharu dalam menangani isu buli dan salah laku disiplin di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dengan melantik warden sepenuh masa daripada kalangan bekas anggota Polis dan Tentera.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kumpulan pertama warden ini akan memulakan tugas di MRSM Besut dan MRSM Balik Pulau bermula Isnin ini.

“Tegas pada prinsip, hikmah pada pendekatan. Dengar sebelum menghukum, nasihat sebelum menegur, memulih sebelum mendisiplin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

image is not available

Beliau berkata, lantikan ini merupakan inisiatif terbaru bagi memastikan MRSM bebas daripada kes buli, sekali gus menjamin persekitaran pembelajaran yang selamat dan sejahtera.

MARA lantik warden MRSM bekas tentera

Menurutnya, semua warden telah menjalani siri tapisan termasuk sesi temu ramah komprehensif bagi memastikan mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan.

“Asrama MRSM ialah rumah kedua anak-anak MRSM.
“Di sinilah mereka belajar tentang tertib dan adab hidup bermasyarakat, tentang mengurus masa, tentang amanah dan tanggungjawab,” katanya lagi.

image is not available

Jelas Asyraf, warden bukan sekadar mengurus rutin harian, tetapi juga berperanan sebagai pendidik watak dan ibu bapa kedua yang memastikan keselamatan, disiplin dan kasih sayang menjadi budaya di asrama.

“Tiada toleransi terhadap salah laku, namun pendekatannya mendidik, memulih, dan adil,” ujar beliau.

image is not available

Beliau berharap langkah ini dapat menjadikan MRSM sebagai model sekolah berasrama yang selamat, berdisiplin, beradab dan membahagiakan di peringkat nasional.