Marah kerana tidak pulangkan selipar, remaja 13 tahun dibelasah sehingga m@ti

19 May 2025 • 10:39 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PERASAAN marah yang membuak-buak boleh membawa kepada kemudaratan jika tidak dikawal sebaiknya.

Seperti mana kejadian yang berlaku di Jakarta, Indonesia melibatkan dua remaja kembar berusia 16 tahun yang didakwa membunuh rakan mereka kerana perkara remeh.

Lebih mengejutkan, mayat mangsa yang dikenali sebagai Rifki Wafa, 13, ditemui di dalam tali air di Kampung Rama Dewa pada 26 April yang lalu.

image is not available

Berikutan penemuan itu, dua remaja ditahan bagi membantu siasatan. Soal siasat membawa kepada motif pembunuhan yang mana mangsa dipukul sehingga mati oleh kedua-dua suspek selepas berlaku pertengkaran mengenai selipar yang dipinjam tetapi tidak dikembalikan.

Perasaan amarah yang tidak dapat dibendung oleh suspek pertama menyebabkan dia memukul mangsa berkali-kali. Kembarnya turut membelasah sebelum mereka berdua mencekik dan menjerut leher mangsa menggunakan tali.

Menyedari keadaan rakannya yang sudah tidak bernyawa, mereka lantas membuang masa ke dalam tali air. Mayat mangsa hanyut sebelum ditemukan oleh penduduk kampung.

Kedua-dua suspek kini didakwa mengikut Artikel 80 Undang-Undang Perlindungan Kanak-Kanak dan Pasal 338 Kitab Undang-Undang Hukum Pidana Indonesia, yang berkaitan dengan kesalahan membunuh.