Marah pelajar: Tidak boleh terus hukum, guru pun ada tekanan- MB Selangor

LocalPolitics
27 May 2025 • 12:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tidak boleh terus hukum!

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan bahawa sebarang tindakan atau keputusan berhubung insiden tular melibatkan seorang murid yang didakwa dikepung dan dimarahi beberapa guru perlu menunggu siasatan penuh daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Beliau berkata, pihaknya tidak mahu terburu-buru membuat kesimpulan atau menuding jari kepada mana-mana pihak sebelum mengetahui punca sebenar kejadian.

“Jabatan Pendidikan Negeri Selangor akan melihat perkara ini, kita tunggu laporan perkara-perkara tersebut. Kita nak tengok tahap kemarahan dan puncanya.
“Kita tidak boleh terus menghukum guru-guru, mereka ini kadang kala tertekan dengan persekitaran dan juga cabaran, jadi kita kena saling faham antara satu sama lain,” katanya.

image is not available

Tidak boleh terus hukum, guru pun ada tekanan- MB Selangor

Amirudin berkata demikian ketika ditemui media semasa Majlis Sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Jamuan, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Terdahulu, seorang ibu mendakwa anak perempuannya yang merupakan murid Tahun Tiga mengalami trauma ke sekolah selepas dimarahi dan dikepung sekumpulan guru di hadapan khalayak ramai.

Perkara itu didedahkan menerusi satu klip berdurasi dua minit yang dimuat naik ke Instagram, termasuk tangkap layar perbualan antara si ibu dan guru terbabit.

image is not available

Guru berkenaan didakwa tidak mengendahkan permintaan perbincangan secara baik, sebaliknya menghantar video menunjukkan beberapa guru memaksa murid itu untuk “berkata jujur”.

Semalam, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memaklumkan siasatan sedang dijalankan, dan Ketua Pengarah Pendidikan telah diarahkan untuk memantau kes tersebut dengan teliti.

Sumber: Malaysia Gazette (Syawaliah Hadir)