“Maraton, Maraton Juga Solat Tak Tinggal” Tular Video Lelaki Masuk Maraton Berhenti Solat

4 Oct 2023 • 12:15 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

“Maraton, Maraton Juga Solat Tak Tinggal” Tular Video Lelaki Masuk Maraton Berhenti Solat

Apabila memasuki sesuatu pertandingan seperti larian maraton atau eksplorasi, masa yang ada akan menjadi begitu berharga kerana pemenang akan ditentukan mengikut kepantasan mereka.

Kebiasaannya, pertandingan akan bermula pada awal pagi, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan larian maraton yang berpuluh kilometer jauhnya. Pastinya ia memerlukan masa yang banyak untuk seseorang menamatkan perlumbaan tersebut.

Oleh kerana masa menjadi begitu berharga, ramai yang akan memilih untuk memberi tumpuan penuh semasa larian dan tidak mahu perkara lain mengganggu untuk mendapatkan tempat teratas.

Bagaimanapun, apabila tiba waktu solat seseorang individu wajib untuk melaksanakan perintah Allah, iaitu menunaikan solat fardhu sebelum meneruskan apa-apa urusan.

Dahulukan solat sebelum pertandingan

Seperti yang dilakukan oleh beberapa orang lelaki yang memasuki larian Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2023 beberapa hari yang lalu.

Dalam satu rakaman, ia memaparkan para peserta beragama Islam berhenti seketika untuk menunaikan solat subuh di atas pembahagi jalan.

Beberapa orang lelaki mula melaksanakan solat tersebut selepas masuknya waktu subuh di negeri tersebut.

Klip itu juga dapat dilihat para peserta meneruskan larian di jalan tar manakala beberapa lagi peserta menunaikan solat fardhu di tepi jalan.

image is not available
Kredit: @khairulazizi75/Twitter

Walaupun tidak beralaskan sejadah atau kain, namun perkara itu tidak menghalang mereka untuk melaksanakan solat fardhu.

Mereka memilih untuk berhenti seketika bagi memberi ruang untuk melaksanakan perintah wajib sebelum meneruskan larian tersebut.

Biarpun peluang menang menjadi tipis namun apa yang perlu menjadi sorotan di sini adalah mereka memilih untuk menjalankan perintah wajib dan tidak terlalu mengejar duniawi.

Ramai yang memandang enteng tentang solat sedangkan perkara itu adalah sesuatu yang wajib untuk dilaksanakan buat mereka yang beragama Islam.

Pun begitu, sebagai umat Islam tetaplah kita meletakkan solat itu sebagai nombor satu kerana ia adalah tiang agama.

Sebelum ini, dalam pertandingan tersebut, media melaporkan S Poovasanathan menamatkan larian KLSCM di tempat pertama bagi kategori bagi kategori Terbuka Malaysia menerusi catatan masa 2 jam 37 minit 38 saat.

Manakala, Michelle Chua pula juara Terbuka Malaysia kategori wanita menerusi catatan 3 jam 13 minit 6 saat.

Sumber: @khairulazizi75/Twitter