Maratonton Semua Filem Twilight Melalui Penstriman Percuma Di YouTube Isnin Depan

EntertainmentMovie
6 Sep 2025 • 8:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Filem Twilight ialah mengenai Bella Swan seorang manusia yang jatuh cinta dengan puntianak lelaki kacak berkilau bernama Edward Cullen. Premis filem ini mungkin seperti satu babak lawak episod senario tetapi ia berjaya menghasilkan siri dengan lima filem yang mengaut kutipan $3.3 bilion di pawagam. Sempena ulang tahun buku Twilight yang ke-20, Lionsgate akan melakukan penstriman marathon kelima-lima filem yang diterbitkan mereka pada Isnin depan.

Filem Twilight (2008), New Moon (2009), Eclipse (2010), Breaking Dawn – Part 1 (2011) dan Breaking Dawn – Part 2 (2012) akan distrim tanpa henti di saluran YouTube rasmi The Twilight Saga bermula pada jam 3 pagi, 8 September waktu Malaysia. Penstriman ini boleh dinikmati secara percuma oleh semua pengguna YouTube. Penstriman akan dilakukan berterusan sehingga jam 2.59 pagi, 15 September 2025.

Jika anda peminat Twilight, awal pagi Isnin ini anda akan dapat mengibarkan semula panji Team Jacob atau Team Edward. Kemudian selepas usai kelima-lima filem anda boleh berdebat sama ada wujud kisah cinta yang lebih baik daripada Twilight.

View Original Article