Marcelino bos baharu Yellow Submarine

Football
14 Nov 2023 • 10:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Presiden Villarreal, Fernando Roig (kiri) bersama Marcelino García Toral. - Foto: Agensi

GERGASI La Liga, Villarreal telah melantik Marcelino Garcia Toral sebagai pengurus baharu berikutan pemergian Jose Rojo Martin hanya dua bulan selepas mengambil alih tugas, kata kelab Sepanyol itu.

Rojo Martin, dikenali sebagai 'Pacheta', berpisah dengan Villarreal pada Jumaat dengan Pengarah Bola Sepak, Miguel Angel Tena mengetuai pasukan itu ketika kekalahan 1-3 di Atletico Madrid pada Ahad.

Marcelino yang telah menandatangani perjanjian sehingga 2026, juga menguruskan Villarreal dari 2013 hingga 2016 dan membimbing The Yellow Submarine ke liga utama Sepanyol.

Pengendali berusia 58 tahun itu membantu Villarreal mencapai tiga penamat enam teratas dan separuh akhir Liga Europa pada musim terakhirnya.

Kali terakhir Marcelino melatih pasukan Ligue 1 Perancis, Olympique de Marseille.

Villarreal kini berada di tangga ke-14 La Liga dengan 12 mata daripada 13 perlawanan.

Anak buah Marcelino seterusnya menjadi tuan rumah Osasuna di tempat ke-12 pada 26 November.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved