‘Mari bekukan telur saya’ – Elizabeth Tan teruja jalani IVF

Health & FitnessFamily & Parenting
28 Aug 2026 • 5:58 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Mari bekukan telur saya’ – Elizabeth Tan teruja jalani IVF

PETALING JAYA – Tiga tahun menyimpan harapan bergelar ibu, penyanyi Elizabeth Tan nekad menjalani kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) sebagai ikhtiar terakhir untuk memiliki cahaya mata.

Elizabeth, 32, berkata selain sokongan suaminm, Dr. Siew Jim Ding, dia turut berharap orang ramai dapat mendoakan proses dilaluinya itu dilancarkan.

“Hari ini saya di pusat IVF. Saya rasa sudah tiba masanya (jalani prosedur) setelah tiga tahun kami berusaha untuk mendapatkan zuriat.

“Mari bekukan telur saya,” katanya menerusi perkongsian video di Instagram.

Tidak mampu menyembunyikan perasaan yang bercampur-baur, dalam gementar penyanyi lagu Knock Knock itu turut teruja untuk memulakan pengembaraan peribadi.

“Jangan tanya saya gementar atau tidak. Sudah tentu saya gementar. Tapi prosesnya sangat mudah. Suami saya seorang yang sangat menyokong,” ujarnya.

Perkongsian Elizabeth atau mesra disapa Lizzy itu meraih sokongan ramai pengikut serta rakan seperjuangan dengan mendoakan impiannya bersama suami menjadi kenyataan.

Sebelum ini, Elizabeth pernah melakukan rawatan kesuburan Intrauterine Insemination (IUI) sebanyak dua kali tahun lalu namun gagal sebelum memberi tempoh empat bulan lagi bagi melakukan IVF.

Malah demi mendapatkan anak, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) itu turut mengambil rawatan hormon selain memperlahankan aktiviti seni selama setahun.

Terdahulu, Elizabeth dan Jim Ding mendirikan rumah tangga pada 21 Mac 2021. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Mari bekukan telur saya’ – Elizabeth Tan teruja jalani IVF appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved