“Mari Kita Lihat Kehidupan Penyondol Tu Selepas Ni” – Isteri Hafidz Roshdi

2 Mar 2023 • 11:12 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
isteri hafidz roshdi

Susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua belah keluarga, isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri beberapa hari lalu dah menfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam Selangor.

Terbaru, wanita berusia 29 tahun tersebut memberi bayangan orang ketiga masih mengganggu walaupun sebelum ini dia membuat permohonan maaf.

Isteri Hafidz Roshdi mahu lihat hidup penyondol lepas ini

image is not available

Katanya, kali ini biar dia sendiri yang mendedahkan hal itu kerana sudah bercerai. Shuhada turut meninggalkan pesanan mahu melihat kehidupan penyondol itu selepas ini.

Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai Athira Yuhada meminta maaf kepada Nurul Shuhada dan dua anak Humairah serta Umar di atas dakwaan mengganggu rumah tangga mereka.

image is not available

image is not available

Dakwa Athira lagi, dia dah cuba mengelak selama 9 tahun namun tewas kerana kasihan dengan keadaan mental Hafidz Roshdi yang dikatakan kurang baik.

Kredit: Instagram Shushukriii

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved