Marissa beli kereta mewah, Norman pesan jangan lupa zakat

LocalEntertainment
21 Nov 2026 • 3:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Marissa beli kereta mewah, Norman pesan jangan lupa zakat

KUALA LUMPUR – Pelakon dan usahawan, Norman Hakim meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian anak perempuannya, Marissa Dania Hakim yang berjaya memiliki sebuah kenderaan mewah hasil titik peluh sendiri menerusi dunia perniagaan.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon menyifatkan kejayaan tersebut sebagai bukti kesungguhan, disiplin dan keazaman Marissa dalam membina kehidupan serta kerjaya sendiri.

“Tahniah anak. Awak telah bekerja keras dan membuktikan bahawa kebijaksanaan, disiplin serta keazaman mampu membawa awak pergi jauh.

“Awak memang layak menghadiahkan diri sendiri dengan kereta ini,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.

Bagaimanapun, di sebalik kejayaan tersebut, Norman tidak lupa menitipkan pesanan agar anaknya itu sentiasa mengingati tanggungjawab sebagai individu yang diberikan rezeki lebih, khususnya dalam menunaikan kewajipan berzakat dan bersedekah.

“Ingat pesan papa, jangan sesekali abaikan zakat dan terus istiqamah dalam bersedekah.

“Jadikan platform perniagaan yang dibina sebagai jalan untuk memberi manfaat kepada masyarakat dan negara melalui tanggungjawab cukai dengan amanah,” katanya.

Bapa kepada tujuh cahaya mata itu turut mengingatkan Marissa agar tidak terlalu mengejar kemewahan dunia sehingga mengabaikan kepentingan mencari keredaan Allah SWT dan kebahagiaan di akhirat.

“Kejarlah reda Allah dan kebahagiaan akhirat, insya-Allah dunia akan menyusul dengan izin-Nya.

“Terus berdoa dan berusaha kerana sesuatu yang terasa mustahil bagi kita tidak pernah mustahil bagi-Nya,” tuturnya.

Menerusi video yang dikongsikan, Norman dilihat meraikan kejayaan Marissa, anak kedua hasil perkahwinan terdahulunya dengan pelakon Abby Abadi, yang berjaya memiliki sebuah kenderaan mewah.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi positif netizen yang rata-ratanya tumpang gembira dengan pencapaian Marissa, selain memuji sikap Norman yang sentiasa memberikan sokongan dan menyelitkan nasihat berguna buat anak-anaknya. – KOSMO! ONLINE

The post Marissa beli kereta mewah, Norman pesan jangan lupa zakat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved