Marissa Dania mohon ruang, sahkan hubungan menuju perpisahan

LocalFamily & Parenting
1 Apr 2026 • 1:57 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Pempengaruh, Marissa Dania memaklumkan prosiding kes rumah tangganya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Isnin ditangguhkan bagi sambung bicara kerana beliau masih belum memberikan keterangan.

Marissa, 20, berkata, beliau dan suaminya, Ahmad Aslam kini berada dalam proses berpisah dan keputusan akhir bagi pengesahan lafaz cerai serta rujuk adalah cerai.

Menurutnya, beliau berharap tiada lagi kenyataan daripada mana-mana pihak berhubung perkara tersebut serta memohon ruang peribadi.

“Saya berharap tiada lagi sebarang kenyataan daripada mana-mana pihak.

“Berikan sedikit ruang dan mohon jangan membuat kesimpulan atau andaian tanpa mengetahui perkara sebenar,” katanya menerusi hantaran di Instagram Story.

Terdahulu, Marissa bersama suaminya hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada pagi Isnin bagi prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk melibatkan perkahwinan mereka.

Menurut peguam syarie yang mewakili Ahmad Aslam, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, anak guamnya telah melafazkan cerai dan rujuk terhadap isteri keduanya sebanyak dua kali sebelum ini.

Difahamkan, lafaz cerai pertama berlaku pada September 2024 sebelum pasangan itu rujuk semula pada bulan yang sama.

Bagaimanapun, pada April 2025, Ahmad Aslam sekali lagi melafazkan cerai sebelum dilaporkan rujuk semula pada Jun tahun yang sama. –MYBERITA