
SANDAKAN: Sebanyak 1,143 kes tangkapan atas pelbagai kesalahan direkodkan melalui operasi yang digerakkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sepanjang tahun lepas.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pada tahun lepas juga, hampir RM4.8 juta hasil rampasan diperolehi manakala lebih RM45 juta denda dan kompaun dikeluarkan kepada pesalah yang ditahan oleh Maritim Malaysia.
“Daripada jumlah yang direkodkan ini, Maritim Malaysia telah membuktikan mereka memiliki kemahiran dan kepakaran setanding dengan agensi penguatkuasaan lain di negara ini.

