Maritim Malaysia tahan dua bot untuk penggambaran di laut Terengganu

LocalEntertainment
4 Sep 2025 • 4:12 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Terengganu menahan dua bot bersama sebuah platform terapung yang digunakan untuk aktiviti penggambaran berhampiran Pulau Bidong.

Enam kru bot ditahan untuk diambil keterangan manakala enam penumpang termasuk seorang pempengaruh media sosial dibebaskan serta-merta.

Pengarah Maritim Malaysia Terengganu Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata bot berkenaan ditahan dalam Operasi Iman pada kedudukan 16 batu nautika Barat Laut Kuala Terengganu.

Sebuah bot penumpang digunakan untuk menunda platform terapung bersama sebuah kereta mewah di atasnya manakala sebuah lagi bot mengiringi aktiviti penundaan tersebut.

Platform yang dibina tanpa peralatan keselamatan boleh menyebabkan risiko keselamatan kepada kru, penumpang dan pengguna perairan lain.

Bot yang mengiringi aktiviti penundaan berkenaan didapati beroperasi tanpa lesen yang sah.

Kesemua bot, kru dan penumpang telah dibawa ke Jeti Maritim Negeri Terengganu untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana melanggar syarat lesen dan beroperasi tanpa kebenaran.

Maritim Malaysia menyokong aktiviti pelancongan dan kreativiti anak muda tetapi mesti dilakukan mengikut peraturan sedia ada. – Bernama