Maritim rampas 2,400kg ikan bilis

28 Jul 2024 • 2:15 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sandakan merampas 2,400 kilogram ikan bilis kering, yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran, di perairan Sandakan, Khamis lalu.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, bot peronda Maritim Malaysia telah mengesan sebuah kapal dalam keadaan mencurigakan di kedudukan 1.5 batu nautika utara Pulau Berhala pada pukul 9.40 pagi hari tersebut.

“Setelah pemeriksaan dilakukan, kapal dengan enjin sangkut 40 dan 30 kuasa kuda itu didapati didaftarkan atas lesen perikanan manakala tekong lelaki berumur 57 tahun adalah pemegang kad pengenalan pemastautin tetap (MyPR).

“Pemeriksaan lanjut ke dalam kapal menemui 30 guni berisi ikan bilis kering dengan anggaran berat 2,400kg, dipercayai untuk diseludup keluar ke Pulau Taganak, Filipina,” katanya dalam kenyataan kepada media, pada Sabtu.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Nilai rampasan, termasuk barang kawalan, enjin sangkut dan kapal dianggarkan berjumlah lebih RM29,000.

Tambahnya, kesemua rampasan dibawa ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana cubaan menyeludup keluar ikan bilis tanpa kebenaran dengan kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 kerana melanggar syarat sah lesen.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau salah laku di perairan negara, boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan pada talian 089-229504 atau hubungi talian kecemasan NG999 untuk tindakan segera.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.