Maritim tahan kapal tangki bawa diesel bernilai RM900,000

18 Jun 2022 • 12:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menahan sebuah kapal tangki yang disyaki membawa diesel tanpa kebenaran, serta pelbagai kesalahan lain di kawasan perairan Teluk Sepanggar, di sini, petang Khamis.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, kapal tangki itu dikesan oleh bot ronda Maritim Malaysia dalam satu operasi khas sekitar jam 2 petang.