Maritim tumpas cubaan seludup 1,190kg lobak merah

LocalPolitics
9 Jan 2025 • 12:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Sebuah bot kargo tempatan yang membawa muatan 1,190 kilogram (kg) lobak merah di dalam 170 kotak bernilai RM3,400 tanpa pengisytiharan, ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Sungai Melayu sekitar jam 11.10 pagi Selasa.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot kargo tersebut ditahan oleh bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan rondaan rutin Op Pluto Timur dan Op Tiris.

Advertisement“Bot berkenaan dikesan bergerak laju keluar perairan Batu 3 menuju ke sempadan perairan Malaysia-Indonesia sebelum ditahan di kedudukan 0.8 batu nautika utara Sungai Melayu.

“Bot itu dikendalikan oleh seorang juragan lelaki warga tempatan berumur 24 tahun yang didapati gagal mengemukakan dokumen pengisytiharan kastam berkaitan barangan yang dibawa, dan tiada daftar nama di dalam lesen bot, ketika pemeriksaan dijalankan,” katanya lagi.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Shahrizan berkata, juragan bot berserta bot kargo dan muatannya ditahan lanjut dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk siasatan di bawah Akta Kastam 1967 dan Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) 2002.

Tambahnya, kesemua barangan termasuk bot kargo, enjin bot dan muatan barangan disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah lebih RM46,000.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); Mengulas lanjut, Shahrizan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan berlakunya cubaan penyeludupan barangan tersebut ke negara jiran bagi pasaran luar.

“Siasatan juga akan dijalankan bagi mengenal pasti modus operandi yang digunakan oleh pengusaha barangan runcit bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurutnya, penguatkuasaaan akan terus diperkasa bagi membanteras sebarang aktiviti perlanggaran undang-undang tanpa mengira kuantiti barangan yang dibawa, khususnya di perairan daerah ini.

Tegasnya, Maritim Malaysia memandang serius segala aktiviti jenayah rentas sempadan dan aset-aset ronda sentiasa bersiap sedia untuk diatur gerak pada bila-bila masa dalam menghadapi sebarang situasi.

Beliau mengalu-alukan sebarang maklumat berkaitan jenayah di laut dengan menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Tawau pada talian 089-750116 atau talian kecemasan 999.