Mark O’Dea Bawa Penonton Jelajah Sarawak Menerusi 'AXN Ultimate Challenge'

LocalTravel
4 Aug 2026 • 6:42 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Mark O’Dea tampil mengacarakan program terbaharu AXN Ultimate Challenge: Sarawak, sebuah siri realiti pengembaraan yang membawa penonton meneroka keunikan Sarawak menerusi cabaran, budaya dan pengalaman tempatan.

Dikenali sebagai personaliti televisyen dan pencipta kandungan, Mark O’Dea mengendalikan siri empat episod ini yang menampilkan dua pasukan pencipta kandungan dalam persaingan menguji ketahanan fizikal, mental, kemahiran serta kerja berpasukan.

Image from: Mark O’Dea Bawa Penonton Jelajah Sarawak Menerusi 'AXN Ultimate Challenge'

Dua pasukan tersebut terdiri daripada Khenji Saito dan Adam Manuel serta Estelle Fly dan Saffron Sharpe.

Bukan sekadar berlumba untuk menamatkan cabaran, peserta turut dibawa menyelami kehidupan serta budaya masyarakat tempatan, selain meneroka lokasi dan pengalaman yang jarang diketengahkan di kaca televisyen.

Antara cabaran yang menanti termasuk mencari ulat sagu, yang bukan sahaja dianggap sebagai makanan tradisional di Sarawak tetapi turut menjadi sumber protein masyarakat tempatan.

Setiap episod juga menampilkan cabaran unik, selain hadiah dan penalti yang perlu dihadapi peserta.

Menariknya, peserta turut menghasilkan kandungan daripada perspektif mereka sendiri sepanjang pengembaraan. Pendekatan ini memberikan penonton peluang melihat Sarawak menerusi pengalaman sebenar para peserta, bukan sekadar daripada sudut pandang rancangan televisyen.

Beberapa personaliti tempatan turut menyertai siri ini, termasuk Chef Achang Libat, Louis Samai dan Luke Kenny Doo, selain Cikgu Nyoging dan Alfa yang merupakan pakar dalam seni sumpit.

Image from: Mark O’Dea Bawa Penonton Jelajah Sarawak Menerusi 'AXN Ultimate Challenge'

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Tourism Board, Dr Sharzede Datu Haji Salleh Askor berkata, Sarawak merupakan destinasi yang mempertemukan elemen pengembaraan, budaya dan alam semula jadi menerusi pengalaman yang dekat dengan landskap, komuniti serta cara hidup masyarakatnya.

Menurut beliau, siri berkenaan diharap dapat memberi peluang kepada penonton mengenali kepelbagaian Sarawak dan seterusnya mendorong mereka untuk merasai sendiri pengalaman tersebut.

AXN Ultimate Challenge: Sarawak diterbitkan oleh KCGM Studios dengan kerjasama AXN Asia dan Sarawak Tourism Board.

Siri ini akan mula ditayangkan di saluran YouTube AXN Asia pada 31 Julai, diikuti AXN Taiwan pada 4 Ogos.

Ia turut disiarkan di AXN East Asia, AXN Singapore dan AXN China bermula 4 Ogos, setiap Selasa jam 9.30 malam selama empat minggu. - Getaran, 4 Ogos 2026

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved