Mark Zuckerberg Perkenal ‘Feature’ Baru Whatsapp, Namun Ruangan Komen Pula Bikin Geli Hati

16 May 2023 • 1:28 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kongsian Mark Zuckerberg raih perhatian netizen

Mark Zuckerberg Perkenal ‘Feature‘ Baru Whatsapp, Namun Ruangan Komen Pula Bikin Geli Hati. Mark Zuckerberg baru-baru ini mengumumkan pembaharuan terbaru di WhatsApp dalam laman Facebook miliknya.

Menurutnya, WhatsApp kini telah memperkenalkan satu ciri baru yang mampu menjadikan perbualan lebih sulit diterokai oleh pihak luar.

image is not available
Mark Zuckerberg Perkenal ‘Feature’ Baru Whatsapp, Namun Ruangan Komen Pula Bikin Geli Hati

Ciri baharu iaitu di mana anda boleh mengunci perbualan dari pihak luar

Dalam kenyataan Mark Zuckerberg, beliau berkata Whatsapp kini boleh mengunci perbualan anda supaya lebih mempertingkat kerahsiaan mesej anda.

New locked chats in WhatsApp make your conversations more private. They’re hidden in a password protected folder and notifications won’t show sender or message content.”

Dinamakan Chat Lock, fungsi baharu ini membolehkan anda mengunci bebenang mesej menggunakan kaedah biometrik ataupun kata laluan. Ciri terbaru ini dikatakan membuatkan perbualan kita lebih selamat dan terhad daripada pihak luar yang ingin mengetahui rahsia kita.

image is not available

Menjenguk ruangan komen pula, rata-rata netizen meninggalkan komen yang mencuit hati

Namun, komen-komen netizen di bawah kenyataan tersebut menimbulkan perasaan geli hati. Ada netizen yang menganggap ciri ini sangat ‘membantu’ untuk pasangan kekasih/ suami isteri.

Rata-rata netizen turut meninggalkan komen yang sarkastik di mana ciri terbaharu ini juga dapat merahsiakan hubungan pasangan.

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah: