“Marketing Hebat!” – Tular Foto Mesra Zara Zya Dan Shuib, Tapi Netizen Dah Naik Muak?

Entertainment
23 Aug 2022 • 12:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Rasanya sejak kebelakangan ini kita dapat lihat serta dengar, pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu sering dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita.

Sebelum ini, ada yang mengatakan pelakon Wan Sharmila merupakan selebriti wanita yang paling rapat dengan Shuib setelah melihat keakraban pelakon berkenaan dengan anak-anaknya di media sosial.

Bagaimanapun, pelakon wanita lain iaitu Zara Zya turut tidak terkecuali dikaitkan dengan pelawak berkenaan kerana kerap berkongsikan gambar bersama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZaraPrihatin (@zarazya)

Baru-baru ini, satu perkongsiaan di Instagram kedua-dua selebriti berkenaan telah membuat netizen tertanya-tanya tentang hubungan mereka.

Biarpun ramai yang mengharapkan hubungan mereka berakhir dengan kebahagian, ada juga yang tidak mudah ‘terpedaya’ dan merasakan segala yang ditunjuk di dalam media sosial itu hanyalah sekadar marketing.

image is not available

image is not available

Buat masa ini, kedua-dua pihak masih belum mengesahkan apa-apa mengenai hubungan mereka, sama ada benar-benar bercinta ataupun hanya sekadar kenalan rapat.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

image is not available 1 minggu lalu

"Secara Jujurnya Ada.." - Wanita Pilihan Ibu, Shuib Akui Sedang Mengenali Seseorang