Markos calon Warisan di Ranau

Politics
30 Oct 2022 • 12:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Mohd Shafie Apdal mengumumkan pesara penjawat awam, Markos Siton, 67, sebagai calon Parlimen Ranau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Shafie berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Warisan Bersama Penduduk Ranau dan Pelancaran Jentera Bahagian Ranau di Dewan Persatuan Chon Chu Kung Ranau, pada Sabtu.

Bercakap kepada media selepas itu, Markos berkata beliau berterima kasih kepada Shafie kerana memberikan kepercayaan penuh kepadanya untuk menjadi calon bagi kerusi Parlimen P179 Ranau pada PRU15.