Marsha Milan bakal berduet bersama Pasha Ungu menerusi Konsert Ungu 3 Dasawarsa

EntertainmentMusic
24 Jul 2026 • 4:29 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Konsert Ungu 3 Dasawarsa

PETALING JAYA: Penyanyi Marsha Milan bakal berkongsi pentas bersama vokalis kumpulan Ungu, Pasha menerusi Konsert Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur yang akan berlangsung di Idea Live Arena pada 5 September ini.

Menerusi satu kenyataan, konsert sempena ulang tahun ke-30 perjalanan seni Ungu itu turut menampilkan Marsha sebagai artis jemputan khas, sekali gus menjanjikan kolaborasi istimewa buat peminat muzik Nusantara.

Menurut Marsha, undangan membuat persembahan itu cukup bermakna kerana menjadi impian yang akhirnya menjadi kenyataan.

Mengimbau detik menerima pelawaan untuk menyertai konsert tersebut, Marsha mengakui beliau tidak menyangka hasrat yang pernah terlintas di fikirannya menjadi realiti.

“Sejujurnya, ketika Abang Pasha membuat persembahan di Gegar Vaganza (GV) baru-baru ini, saya sempat terfikir alangkah seronoknya jika suatu hari nanti dapat berkongsi pentas dan berduet dengannya.

“Apabila menerima tawaran ini, saya rasa sangat gembira. Angan-angan kecil yang saya simpan akhirnya menjadi kenyataan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Marsha berkata, peluang berkenaan merupakan satu penghormatan kerana lagu-lagu Ungu telah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup ramai pencinta muzik termasuk dirinya.

Bagi Marsha, persembahan pada malam itu bukan sekadar mengenai nyanyian, sebaliknya sebuah pengalaman yang ingin dikongsi bersama para penonton menerusi penceritaan, emosi dan kenangan yang dibawa oleh setiap lagu.

Katanya, beliau mahu menghadiahkan persembahan yang penuh emosi dan nostalgia kepada penonton.

Konsert Ungu 3 Dasawarsa

“Apa yang penonton boleh jangkakan ialah persembahan yang sarat dengan penceritaan dan emosi, selain momen nyanyian bersama yang mengimbau kenangan.

“Fokus utama kami adalah menikmati konsert ini bersama peminat sambil menghidupkan kembali memori menerusi lagu-lagu Ungu,” katanya.

Menurut Marsha, konsert itu bukan sekadar meraikan tiga dekad perjalanan seni Ungu, malah menghimpunkan kenangan yang dikongsi bersama jutaan peminat sepanjang tempoh tersebut.
Beliau turut mengajak peminat mendapatkan tiket sebelum ia habis terjual kerana masih terdapat beberapa baki tiket yang masih ditawarkan.

The post Marsha Milan bakal berduet bersama Pasha Ungu menerusi Konsert Ungu 3 Dasawarsa appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved