“Maruah Diri Harus Dijaga” – Gambar Lama Tular Disangka ‘Ex BF’ Ira, Pelakon Buat Laporan Polis

Entertainment
8 Jul 2022 • 1:40 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pelakon lelaki, Hanis Kamal tampil membuat laporan polis selepas tular gambar lama memaparkan dia bersama Ira Kazar.

Video TikTok yang dimuat naik seorang pengguna itu telah menimbulkan salah faham orang ramai sehingga ada yang menggelarnya sebagai ‘ex BF’ kepada wanita itu.

Menerusi laporan Gempak, Hanis berkata dia mendapat tahu gambarnya viral selepas ada pengikut meninggalkan komen di sesi live TikTok menyebut nama Ira Kazar dan ‘Woi ex Ira’.

image is not available

Pada mulanya dia ingatkan gambar lama sehinggalah menonton video sebenar yang dimuatnaik pengguna TikTok itu. Di hantaran itu disertakan ‘hashtag’ #HanyaMerekaYangTahu membuatkan ramai yang salah faham.

https://www.instagram.com/p/CftV6j1BIIg/?utm_source=ig_embed&ig_rid=ef7d5048-c052-4d47-a3f2-938701cb8d51

Katanya, dia memang baik dengan pelakon Kazar dan mengenali Ira sejak kecil. Dalam masa yang sama dia juga baik dengan Puteri Sarah. Pelakon ini tidak mahu merosakkan hubungan baik yang terjalin antara mereka.

Tambahnya, video itu boleh mendatangkan fitnah dan mengganggu hubungan bisnesnya. Tambahan pula netizen kadangkala hanya tahu kecam tanpa selidik dahulu kesahihannya.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.