“Maruah Letak Mana?” – Tindakan Penonton Wanita Bertudung Gelek Depan Orang Ramai Di Big Stage Undang Kritikan

Entertainment
4 Jul 2023 • 8:25 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini, tular video di TikTok menunjukkan reaksi penonton ketika hadir program Big Stage 2023. Video itu menjadi viral apabila penonton yang hadir dilihat menari bersama-sama orang ramai tanpa ada rasa malu.

Penonton lain yang hadir juga dilihat terhibur dengan reaksi mereka kerana sporting. Bagaimanapun, kelakukan seorang wanita bertudung yang sakan bergelek di tengah-tengah tempat duduk penonton itu menjadi kritikan.

Gadis berkenaan dilihat lincah menari bersama beberapa lelaki bersama-sama tanpa rasa segan silu dan penonton lain juga merakam situasi tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang melihat kelakuan gadis terbabit yang sama sekali tidak mempunyai rasa malu untuk bergelek di khalayak ramai biarpun bertudung litup.

image is not available

Bahkan, ada juga beberapa netizen berasa sedih melihat suasana tersebut yang sememangnya melalaikan.

@iam_erul1

Membalas kepada @_Dekwa_ sudah tidak terkata. #bigstage2023 #viral #fyp

♬ bunyi asal – ERUL – ERUL

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.