"Maruah Wanita Berniqab Macam Dipijak!" - Youtuber Arah Talent Wanita Pakai Niqab, Siap Buat Fashion Show Depan Juri Lelaki

Entertainment
2 Nov 2022 • 5:57 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Generasi masa kini tidak boleh dipisahkan dengan media sosial atau lebih tepat lagi telefon pintar. Melayari segala platform media sosial, khidmat penstriman telah menjadi sebahagian rutin harian mereka. Termasuk meilhat pelbagai jenis kandungan yang ada di Youtube.

Satu channel di Youtube, Ammar Nazhan yang mempunyai hampir 1.8 juta pengikut sekali lagi mendapat perhatian netizen. Tahun lalu, beliau pernah dikecam akibat memuatnaik konten prank ditangkap basah. Kali ini lain pula ceritanya.

Youtuber ini cuba menampilkan konten yang agak berlainan. Kali ini, beliau membelikan niqab dan diberikan kepada talent wanita dan meminta mereka untuk memeragakannya. Di ruangan komen jelas, kebanyakan netizen berasa tidak senang akan video ini.

Bagi mereka, tidak patut memperagakan niqab di hadapan lelaki yang bukan mahram. Imej seorang wanita berniqab itu diletak terlalu tinggi dan tidak wajar dijadikan sebagai fashion show apatah lagi dijadikan sebagai konten semata.

Netizen berpendapat, Ammar Nazhan patut lebih berhati-hati dalam membuat konten kerana kebanyakan penontonnya adalah golongan mereka yang masih bersekolah. Melihat konten sebegini boleh memberi persepsi yang salah terhadap penonton.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved