Marvel Studios Dan ILM Immersive Hadir Dengan Siri Animasi Interaktif Untuk Apple Vision Pro

TechnologyDigital
9 May 2024 • 11:27 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Disney+ adalah antara aplikasi yang terus tersedia untuk Apple Vision Pro ketika dilancarkan. Platform penstriman ini menawarkan penstriman video 3D untuk kandungan terpilih serta turut memberi pengguna menonton di dalam bilik maya bertemakan Disney, Avengers, Monster Inc. dan banyak lagi. Terbaru, Marvel Studios dan ILM Immersive telah memperkenalkan siri animasi interaktif untuk set kepala pengkomputeran spatial ini.

image is not available

Siri ini adalah What If…? – An Immersive Story. Pengguna kelak boleh memasuki dunia animasi mesta Marvel Cinematic Universe bersama-sama dengan varian watak-watak MCU yang dikenali. Pengguna turut boleh mempelajari magis seakan Doctor Strange serta kaedah menggunakan kuasa Infinity Stones. Pengguna dikatakan tidak akan menjadi The Watcher iaitu watak yang memerhati nasib multimesta, sebaliknya akan menjadi adiwira dengan bantuan Watcher.

image is not available

Mereka yang memiliki Vision Pro kelak boleh melawati pelbagai dunia alternatif mesta Marvel dan berinteraksi dengan watak dan elemen di dalam dunia animasi ini menggunakan mata dan tangan. Ciri ini terhad kepada Disney+ sahaja bukan Disney+ Hotstar. Set kepala yang berharga belasan ribu Ringgit ini turut masih belum dijual di Malaysia.