MAS 2025: Proton e.MAS 5 Dipertontonkan – Tiba Hujung Tahun Ini?

LocalCars
8 May 2025 • 1:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sempena Malaysia Autoshow 2025, jenama automotif negara, Proton, mempertontonkan barisan kenderaan elektrik (EV). Salah satu model yang dipamerkan ialah e.MAS 5 yang dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.

image is not availableimage is not available

Walaupun diselubungi pelekat samaran, bentuknya jelas lebih kecil daripada model elektrik yang kini ditawarkan di pasaran Malaysia, e.MAS 7 dengan rekaan yang menyerupai Geely Xingyuan, model yang dipertontonkan di Auto Shanghai 2025 baru-baru ini.

image is not availableimage is not available

Geome Xingyuan yang dipamerkan di Auto Shanghai 2025 baru-baru ini

Model keluaran Geely itu pertama kali didedahkan pada September tahun lalu dengan ukuran panjang 4,135 mm, lebar 1,805 mm, tinggi 1,570 mm dan jarak roda 2,650 mm. Pesaingnya, BYD Dolphin, berukuran panjang 4,125 mm, lebar 1,770 mm, tinggi 1,570 mm dan jarak roda 2,700 mm.

image is not available

image is not availableimage is not available

Kabin Geome Xingyuan

Di bahagian dalam, Geome Xingyuan menampilkan kokpit simetri dengan paparan LCD instrumen bersaiz 8.8 inci serta stereng pelbagai fungsi. Skrin infotainmen berukuran sama ada 10.1 inci atau 14.6 inci, bergantung kepada varian. Sistem ini disepadukan dengan sistem Flyme Auto milik Geely.

Ciri tambahan lain termasuk pad pengecas tanpa wayar 50W, fungsi pembantu suara, pencahayaan ambien 256 warna serta pendingin hawa dengan corong udara di belakang.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Model ini juga tampil praktikal dengan ruang 36 ruang simpanan, termasuk ruang depan (frunk) 70 liter, kotak simpanan dashboard (glove box) 10 liter dan ruang pada konsol tengah 20 liter. But belakang pula menawarkan kapasiti simpanan 375 liter yang boleh diperluaskan hingga 1,320 liter dengan tempat duduk belakang dilipat.Memandangkan ukurannya lebih kecil daripada e.MAS 7 dan berkemungkinan besar diposisikan lebih rendah daripada model tersebut, model yang dipertontonkan ini pastinya akan menjadi EV mampu milik yang ditawarkan kelak.

image is not available

image is not available

Proton e.MAS 5 dijangka akan dilancarkan dalam waktu yang sama dengan model EV Perodua, iaitu pada hujung tahun ini. Agaknya model mana akan memenangi 'pertarungan' EV jenama nasional?Model elektrik ini dipertontonkan di Malaysia Autoshow 2025 yang berlangsung di MAEPS Serdang bermula esok 9 Mei hingga 15 Mei akan datang. Ikuti perkembangan terkini dalam dunia automotif hanya di

.