MAS Benarkan Penumpang Bawa Bekal Makanan Sendiri Kerana Isu Katering

TechnologyDigital
3 Sep 2023 • 2:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beza menaiki penerbangan MAS dengan Air Asia ialah secara lazimnya makan akan diberikan kerana termasuk dengan harga tiket. Menurut laporan TMI, MAS mengumumkan penumpang mereka diberikan pilihan membawa bekalan makanan sendiri dalam pesawat kerana isu katering yang sedang dihadapi sekarang.

image is not available

Isu katering menyebabkan beberapa penerbangan MAS terpaksa dibatalkan minggu ini selepas mereka menamatkan kontrak dengan pembekal mereka Brahim’s Food Services (BFS). Selepas 26 tahun menggunakan perkhidmatan BFS, MAS kini menggunakan perkhidmatan daripada lapan syarikat katering berbeza.

Walaupun penumpang dibenarkan membawa makan sendiri, mereka masih perlu memenuhi garis panduan keselamatan had cecair, aerosol dan gel yang ditetapkan sebelum ini. Cecair misalnya masih terhad kepada 100ml sementara makanan yang boleh dipanaskan sendiri juga tidak dibenarkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved