MAS Sambut Ketibaan Pesawat Baru Di KLIA, Boeing 737-8 Dihiasi Corak Songket

16 Nov 2023 • 4:27 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAS) memaklumkan menyambut kedatangan pesawat baharu jenis Boeing 737-8 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Hal ini dinyatakan dinyatakan sendiri menerusi video yang dikongsi di laman Facebook Malaysia Airlines dengan kapsyen mengucapkan selamat datang.

“Boeing 737-8 baharu. Selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur,” tulisnya

Difahamkan, pesawat Boeing Airplanes ini datang dengan reka bentuk dan teknologi yang baru termasuklah lebih selesa serta moden.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi laman X Boeing Airplanes dengan memaklumkan yang terdapat hiasan serta corak motif songket. Ujar mereka, ia merupakan satu penghormatan kepada negara diatas warisan yang berbilang budaya.

“Malaysia Airlines menerima pesawat 737-8 pertamanya hari ini, dihiasi dengan livery baharu yang menarik dan motif songket. Satu penghormatan kepada negara yang berbilang warisan budaya,” tulisnya.

Terdahulu, Malaysia Airlines Berhad (MAB) dalam satu kenyataan mengumumkan bakal melancarkan pesawat baharu mereka, Boeing 737-8.

Pesawat yang dinanti-nantikan itu bakal menunjukka pelbagai peningkatan ciri-ciri yang terdapat dalam sebahagian penerbangan Malaysia.

Sumber: Facebook Malaysia Airlines, X Boeing Airplanes

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved