
Dalam keadaan pasaran kerja yang semakin mencabar, ramai yang kecewa dengan laluan akademik yang tidak sesuai dengan diri mereka. Kadar pengangguran yang tinggi dan kekurangan peluang pekerjaan dalam bidang tertentu menjadikan situasi ini semakin tertekan, terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai ijazah atau sijil-sijil yang lebih tinggi. Tambahan pula, masih ada stigma bahawa tanpa ijazah, masa depan tidak cerah.
Namun, realitinya berbeza. Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) telah membuktikan bahawa ia mampu menyediakan peluang pekerjaan dengan gaji yang kompetitif. Dengan lebih 279 institusi pendidikan di bawah agensi KKDW TVET menawarkan laluan alternatif yang praktikal bagi individu yang ingin mengejar kerjaya yang mampu menjamin masa depan.
Jadi, bagaimana anda boleh mengambil langkah pertama ke arah kerjaya yang anda impikan? Ekspo TVET@KKDW 2024, mungkin jawapannya! Ekspo ini dibentuk untuk membuka peluang besar bagi mereka yang ingin menceburi bidang kemahiran secara langsung.
Bayangkan, anda boleh memperoleh kemahiran yang “terus laku” di pasaran dan mula bekerja dengan segera! Pasaran dan industri kini seperti yang anda cakna, memerlukan tenaga kerja berkemahiran dan ini adalah masa untuk anda menyinar!
Menelusuri peluang kerjaya idaman di Ekspo TVET@KKDW 2024
Ekspo ini bukan sekadar pameran biasa. Ia direka khas untuk memperkenalkan anda kepada pelbagai pilihan kerjaya melalui aktiviti menarik yang terbahagi kepada enam zon utama:
- Pameran & Demonstrasi – Dapatkan gambaran sebenar tentang kemahiran yang diperlukan dalam industri melalui demonstrasi langsung.
- Cabaran Kemahiran & Fesyen – Pertandingan seperti inovasi teknologi, robot tempur, dan pertunjukan fesyen yang memberi ruang kepada anda untuk mempamerkan bakat.
- Industri & Kolaborasi – Zon untuk mereka yang berminat dalam perniagaan dan ingin membina rangkaian dengan syarikat besar dalam industri.
- Teknousahawan & Jualan – Saksikan inovasi usahawan TVET dan peluang untuk bekerjasama atau melibatkan diri dalam bisnes mereka.
- Seminar & Kerjaya – Sesi temu duga terbuka dan pengambilan kerja yang mungkin membuka pintu kepada kerjaya baru dalam bidang kemahiran.
- Komuniti & Perkhidmatan – Nikmati perkhidmatan komuniti seperti pemeriksaan kesihatan dan pelbagai aktiviti kemahiran yang menyokong kesejahteraan anda.



Kenapa anda mesti hadir?
Ekspo ini memberikan peluang kerja on-the-spot dan temuduga terbuka dengan syarikat yang sedang mencari tenaga kerja berkemahiran tinggi. Bukan sahaja itu, anda juga berpeluang mendapat biasiswa dan pendaftaran terus ke institusi TVET dengan kemahiran yang anda ingini pada waktu ekspo ini diadakan.
Dengan prospek kerjaya yang cerah dan gaji yang kompetitif, kenapa masih ragu-ragu?
TVET bukan lagi pilihan kedua, ia adalah jalan pantas untuk anda merealisasikan impian tanpa perlu menghabiskan masa bertahun-tahun mengejar sijil-sijil yang tinggi.
Jangan lepaskan peluang ini untuk melangkah ke dunia kerjaya idaman. Ekspo TVET@KKDW 2024 adalah platform terbaik untuk anda mula membina masa depan yang lebih baik. Layari https://ekspotvet.rurallink.gov.my/ untuk maklumat lanjut. Masa depan lebih cerah menanti!




![Ibu Luah Kecewa Dituduh Guru Tolong Buat Kerja Sekolah Anak Kerana Tulisan Kemas [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)