Masa depan politik Pita bakal diketahui bulan depan

Politics
20 Dec 2023 • 10:18 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BANGKOK: Masa depan politik bekas pemimpin Parti Move Forward (MFP) Pita Limjaroenrat (gambar) bakal diketahui pada bulan depan apabila Mahkamah Perlembagaan membuat keputusan berhubung kes pemilikan saham dalam sebuah syarikat media.

Mahkamah Perlembagaan akan membuat keputusan pada 24 Januari 2024, sama ada Pita melanggar peraturan yang melarang Ahli Parlimen daripada memiliki saham dalam syarikat media.

Jika didapati bersalah, Pita akan hilang kerusinya dan dilarang terlibat dalam politik.

“Saya berpuas hati dengan prosedur hari ini. Saya telah memberi keterangan. Saya harap saya akan mendapat keadilan,” katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di mahkamah pada Rabu.

MFP yang diketuai oleh Pita, 43, memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya umum pada 14 Mei lepas.

Bagaimanapun, beliau gagal dalam usahanya untuk menjadi perdana menteri selepas tidak berjaya memperoleh sokongan yang mencukupi di Parlimen dwidewan.

Mahkamah Perlembagaan kemudian menggantung tugasnya sebagai Ahli Parlimen selepas mendapati beliau tidak layak bertanding kerana memegang saham dalam syarikat media ketika mendaftar sebagai calon.

Beliau meletak jawatan sebagai ketua parti pada September. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved