
Kota Kinabalu: Peluang terhad dalam industri menyebabkan Malaysia kini mempunyai ramai graduan seni persembahan yang menganggur, seorang pegawai kanan memberi amaran.
Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Kebudayaan dan Kesenian) di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Rosnan Nordin berkata kira-kira 4,000 graduan seni persembahan dihasilkan setiap tahun.
“Di Malaysia, kita mempunyai begitu banyak universiti awam yang menawarkan kursus seni persembahan dan ini tidak termasuk institusi pengajian tinggi swasta.
“Bagaimanapun, permintaan tenaga kerja untuk graduan seni persembahan di negara ini adalah terhad, mungkin hanya 10 peratus. Ini berbeza dengan perubatan dan kejuruteraan misalnya, di mana permintaan mencecah 80 peratus.
