"Masa Menunggu Di Kaunter JPJ Agak Lama," KSN

LocalPolitics
3 Sep 2024 • 11:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu tambah baik taraf perkhidmatan pelanggan!

Itu kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar selepas mengadakan lawatan mengejut ke ibu pejabat JPJ di Putrajaya semalam.

"Proses kerja (masa menunggu) agak lama. Justeru, saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan dan Ketua Pengarah JPJ untuk mencari kaedah yang bersesuaian bagi memendekkan masa menunggu.

image is not available

"Selain itu, ruang menunggu perlu ditambah baik bagi mendapatkan persekitaran yang kondusif dan mesra pelanggan (terdapat kerosakan kerusi dan juga tiada kipas). Saya telah mengarahkan Putrajaya Holdings untuk mengambil tindakan segera dalam minggu ini," katanya.

Difahamkan, beliau mengadakan lawatan itu berikutan penambahan waktu pengoperasian kaunter selama satu jam berkuat kuasa pada 19 Ogos lepas di beberapa negeri terpilih.