“Masa minta muka 10 sen, dah dapat hentam PM & kerajaan” -Zahid Hamidi

LocalPolitics
28 Apr 2025 • 5:17 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seakan menyindir pihak pembangkang dengan meminta pemimpin mereka tidak hanya bermuka manis semasa meminta peruntukan, tetapi kemudiannya bertindak menghentam Perdana Menteri dan kerajaan selepas menerima bantuan.

image is not available

Zahid Hamidi sindir pembangkang? Tak hargai kerajaan persekutuan

Memetik laporan dari Sinar Harian, Zahid merasakan tindakan tersebut seolah-olah tidak menghargai kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jangan masa minta muka senyum, muka sepuluh sen. Bila dapat hentam Perdana Menteri balik. Jangan begitu, mesti bersyukur dan berterima kasih.

“Nak berbeza pendapat boleh, tapi bila tiba pilihan raya mereka hentam Perdana Menteri, saya lumatlah. Saya tidak mahu sebut mana-mana individu atau tokoh politik di Kelantan, tapi itulah yang berlaku,” katanya.

image is not available

Zahid Hamidi dakwa situasi berlaku di beberapa buah negeri

Tambah beliau situasi seperti itu bukan hanya berlaku di Kelantan, tetapi turut terjadi di Terengganu, Kedah dan Perlis.

Jadi, beliau menasihati supaya sikap seperti itu perlulah diubah kerana ia bukan satu tindakan yang baik.

“Benar ada peruntukan yang harus disalurkan, tapi yang diberikan oleh Perdana Menteri adalah atas semangat Kerajaan Madani. Salah satu sikap kerajaan Madani adalah ihsan,” katanya lagi.

image is not available

Kenyataan tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri itu sewaktu berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) dan Majlis Hari Raya Aidilfitri Kesedar 2025 di Dataran Awam Kampung Jerek, di sini, pada Isnin.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)