Masak kuih bakar lebih mudah, cepat guna air fryer, tak perlu oven, dapur arang

Cooking
18 Oct 2022 • 6:10 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

KUIH bakar atau dikenali dengan nama bahulu kemboja merupakan salah satu kuih tradisional masyarakat Melayu yang menjadi kegemaran ramai. Kuih ini berbentuk bulat dan ditabur bijan di atasnya. Enak dijadikan hidangan sarapan pagi, minum petang atau pencuci mulut, kuih bakar sering dihidangkan di majlis-majlis rasmi, perkahwinan, kenduri-kendara dan sebagainya.

Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kuih bakar ialah tepung gandum, santan, telur, bijan dan daun pandan sebagai pewarna.

Kuih bakar tradisional dibakar dengan dapur arang menggunakan acuan khas.

image is not available

Cara memasak kuih bakar sudah dimodenkan seiring dengan gaya hidup masyarakat masa kini. Tidak perlu lagi menggunakan dapur arang untuk memasak kuih bakar. Kuih bakar boleh dimasak dengan cepat dan mudah menggunakan air fryer.

Hanya dengan menggunakan air fryer, memasak kuih bakar menjadi cukup mudah. Ternyata memiliki peralatan memasak yang canggih pada zaman sekarang dapat memudahkan dan mempercepatkan urusan di dapur.

image is not available

RESIPI KUIH BAKAR MENGGUNAKAN AIR FRYER

Bahan-bahan:
1 cawan air daun pandan
2 cawan santan pekat atau 1 kotak kecil
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna hijau

Cara memasak:

1.Kisar semua bahan tadi sehingga sebati. Masukkan dalam loyang.

2.Bancuhan ini boleh menghasilkan dua biji kuih bakar. Bahagi bancuhan kepada dua bahagian dan bakar ia secara berasingan.

3.Masukkan ke dalam air fryer dan bakar dengan suhu 170 celcius selama lebih kurang 45 minit.

4. Tunggu sehingga betul-betul sejuk barulah dipotong. Enak dinikmati ketika masih panas.

Kelebihan memasak menggunakan air fryer

image is not available

1.Ringkas dan mudah dibersihkan

Ia sangat mudah dibersihkan kerana ia menggunakan sedikit atau hampir tiada minyak. Sementara itu, dulang boleh tanggal menjadikannya sangat mudah untuk dibasuh dan digunakan.

2.Menjadikan makanan lebih sihat
Air fryer membolehkan anda memasak apa sahaja tanpa menggunakan minyak. Misalnya ayam, daging dan ikan. Ia sesuai untuk mereka yang mementingkan penjagaan kesihatan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.

View Original Article