Masak lauk pantang sedap2, Zahirah Macwilson saran ibu bukukan resepi

Food
11 Jun 2024 • 4:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Zahirah Macwilson saran ibu bukukan resepi

Pelakon cantik, Zahirah Macwilson saran ibu bukukan resepi susulan berkongsi gambar menu-menu sepanjang dia berpantang yang cukup menyelerakan.

Masakan ibu tersayang

Menerusi Instagram Zahirah, dia memuat naik pelbagai menu yang dimasak ibunya sendiri, Maslinda Yusoff dengan dekorasi yang cukup cantik serta membuka selera.

image is not available

“Pantang-ing goodness! Best ever! Thank you mama. Mama kena buat recipe book lah lepas ni, betul tak?” tulisnya.

Zahirah Macwilson saran ibu bukukan resepi, menu semua 5 star!

Menu pantang yang dikongsikan juga begitu berwarna warni serta penuh nutrisi sekaligus membuka selera buat yang melihatnya.

Walaupun ada di antara menu tersebut dilihat ‘simple’ dan sama seperti menu pantang orang-orang Melayu, namun tatarias yang cukup menarik membuatkan kita teruja untuk menjamahnya.

image is not available

Zahirah Macwilson saran ibu bukukan resepi, ramai setuju!

Perkongsian daripada Zahirah pastinya menuai pelbagai komen daripada netizen yang rata-rata turut teruja melihat menu-menu tersebut kerana cukup menyelerakan.

Mereka juga memuji layanan yang diberikan ibu pelakon itu kepada anak sulungnya yang cukup istimewa sehingga menyediakan makanan yang cukup berkualiti sepanjang proses berpantang serta menyokong jika dia mengeluarkan buku resepi untuk menu-menu terbabit.

image is not available

Ni bukan menu pantang, ni pantang ada memang habis

image is not available

Kalau macam ni beranak 10 kali pun sanggup

image is not available

Menu sihat tapi nampak sedap sangat

image is not available

Terdahulu, Zahirah atau nama sebenarnya, Nur Zahirah Macwilson, 29 telah selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah hospital di Australia pada 31 Mei 2024.

Zahirah juga telah berpantang di kediaman ibunya di negara terbabit sama seperti kelahiran pertama pada tahun 2020 yang lalu.

image is not available

Sekadar info, Pelakon drama Tiada Maaf Buatmu berkenaan telah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Aiman Hakim Ridza pada Februari 2019.

Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata, Isaac Raees, 4 dan Inara Raisa yang baru beberapa minggu dilahirkan.

Sumber: Instagram zahirahmacwilson

View Original Article