Masakan Ibunda Menggamit Kenangan Di Oakwood Ampang Kuala Lumpur

Food
18 Mar 2023 • 2:22 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Hidangan menarik yang disediakan di Oakwood Ampang. - Gambar oleh Izwan Ramlan

Pastinya ramai yang sudah tidak sabar untuk menikmati suasana berbuka puasa memandangkan Ramadan bakal menjengah tiba dalam beberapa hari lagi.

Penantian bulan mulia ini nyata terpahat di dalam hati kebanyakan rakyat Malaysia kerana selain beribadah, ia juga merupakan bulan dimana anda dapat berbuka bersama-sama teman-teman dan keluarga tercinta. 

Bagi peminat bufet Ramadan, pastikan Oakwood Ampang Kuala Lumpur berada dalam bucket list anda untuk menikmati buka puasa di hotel dengan sajian yang diberi nama Masakan Ibunda 100 Aneka Pilihan. 

Hidangan masakan Melayu beserta kuih-muih tradisional lama dan moden ini  mampu menggamit memori kenangan dengan sentuhan pelbagai hidangan menarik.

Lamb Shank Kabsa

Antara hidangan yang menjadi tumpuan penulis adalah masakan Lamb Shank Kabsa yang disediakan oleh Chef Muhamad Zulfikar Ali atau Chef Z dengan resipi tersendiri.

Saat menjamah daging Lamb Shank ke mulut, ia terasa begitu lembut dan emput malah kuah Kabsa yang pekat bersama iringan sos pedas Harra nyata membangkitkan lagi selera.

image is not available
Lamb Shank Kabsa sedap dinikmati dengan nasi arab beras basmathi.

Pastikan anda menikmati menu tersebut bersama nasi arab beras basmathi dan telur saffron yang dihidangkan penuh dengan aroma.

Penulis turut mendapati, kelainan yang ada pada menu tersebut tidak sama seperti nasi arab kambing yang biasa dijual di kedai asli masakan arab. 

Kata Chef Z, hidangan Lamb Shank Kabsa perlu disediakan sepanjang bulan ramadan kerana ia sentiasa menjadi tumpuan dan buruan kebanyakan orang ramai untuk berbuka puasa.

“Saya ketengahkan Lamb Shank ini sebab mana-mana pun orang ramai akan mencari hidangan kambing pada bulan ramadan untuk berbuka puasa. Jadi resepi yang saya bawakan di sini adalah resepi saya sendiri”, jelasnya. 

image is not available
Hidangan masak lemak.

Selain  itu, terdapat juga hidangan tradisional kampung seperti masak lemak itik, ikan masak asam pedas, petola masak lemak beserta aneka kerabu seperti kerabu ikan bilis yang pastinya akan menjadi pilihan mereka yang gemarkan mahukan hidangan pembuka selera. 

Daging, perut dan limpa untuk dicampurkan dalam sup.

Bagi penggemar sup daging, anda pasti seronok jika hadir ke bufet ini kerana tersedia pelbagai jenis bahagian daging lembu yang boleh dicampurkan sekali seperti ekor, daging dan perut.

Renehan sup panasnya boleh dinikmati bersama sambal kicap yang cukup padu.

Hidangan barbeque turut disediakan.

Selain itu, di bahagian luar pula disediakan makanan berkonsepkan barbeque.

Ada sotong, ikan, kambing dan sate yang dibakar untuk dihidangkan kepada tetamu. Penulis yakin ia pasti akan menepati citarasa orang ramai.

Oleh itu, pastikan anda hadir ke bufet Ramdan dengan harga RM188(dewasa), RM88 (warga emas), RM59 (kanak-kanak 5-11 tahun) dan early bird RM88 (mulai 20 Februari hingga 18 Mac ini). - Getaran, 18 Mac 2023 

View Original Article